Saturday 16 June 2012

MOOD?

lame dah aku xmenjengok si kekampungan aku nie..aishhhh..xde mase la..
mls lak uh kan..masok sem bwu nie..cume nyer xde mood..xsyok la...
mcm2 masalah yang melanda diri ku..cececewahhh...ayat xley bla..
SERABOT kepale otak aku..ase malas lerr nak blja..sume kelas aku masok
aku dok berangan kat belakang..adoi ape nak jadi nie..
dlm kepale otak nie cepat la abesh sem nie..xlalu nak melalui nyer..aip..
ape pelik jerk ayat aku nie kan..ermm..ape yg penting ade sesuatu yang aku
ase xdapat nak aku luahkan..

aku kiut mcm tucin nie..(peras santan)


dah la..cukup la..dah kol bape dah nie..tydo..semngat nak dpt baju baru cok..
k BYE..

Tuesday 5 June 2012

HUKUM MEMAKAI INAI


hai..dah berapa hari aku tak menjengok belog kekampungan aku ini kan..ermm..hari ini aku nak share pasal hukum memakai inai..aku tertarik nak share pasal ini sebab nye..aku keliru..ramai sangat yang bercerita tentang hukum pakai inai ini tapi semuanya berbeza-beza..dari penceritaan yang aku dengar..ade yang mengatakan pakai inai ini haram dan ada pula yang kata harus..so yang mana satu hukum yang sebenar-benar nye?

disebabkan rase ingin tahu n aku pun menggemari memakainya, apa lagi la kan..google search je lah...hai maklum lah..segalanya di hujung jari anda..mari kite tengok..ape hasil yang aku dapat..



Hukum memakai inai bagi wanita

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda:“Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. walau bagaimanapun, saya juga ada terbaca ianya diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami.


Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’..walau bagaimanapun terdapat riwayat menyatakan

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)

Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali

berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie

pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki

lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)


ini adalah maklumat terbaru dari laman web jakim:

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

ha..dah bace??so keliru lagi x??sebenarnye..ianya mengikut niat juga..untuk apa?cara bagaimana??so bergantung kepada kita yang melaksanakan nya??