Thursday 22 November 2012

PelUang Yang AmaT BerMakna

assalamualaikum..

hye..lame x menjengah ke laman blog aku nie..dah menjadi hutann belukar agaknyer..ye la dari start cuti sem sampai la nak abish cuti sem baru aku bukak blek blog kampung aku nie kan..hehehehe..


xde idea la nak mencoret kat laman nie..

erm cume kat sini aku nak kongsikan pengalaman cuti sem aku yang sangat bermakna..
TERIMA KASIH YA ALLAH kerana beri aku peluang yg sangat indah ini..

bermula nya BONDA TERCINTA Muhammad Shahfiq Hairie(buah aty aku la kan,hehehe) jatuh sakit awal october lepas..Beliau diserang penyakit angin ahmar atau pun dikenali sebagai strok..setelah beberapa minggu pulang ke rumah dari hospital, keadaan menjadi bertambah sulit.. beliau sering ke bilik air..dan untuk pengetahuan, bilik air di rumah beliau harus melalui tangga..ini amat menyulitkan keadaan. 


dipendekkan cerita, memandangkan hari raya korban semakin tiba, kerja-kerja cik abe saye nie semakin bnyak..tiada siapa yg membantu kakak iparnya menguruskan bondanya.. oleh kerana kerisauan yang melanda..si dia ingin mencari pembantu..tp maklum lah..bukan senang mencari pembantu dalam masa yang terdekat..akhirnya, cik abe telah meminta pertolongan dari aku..


setelah keizinan diberi oleh ibuku kepada si dia, akhirnya bermula perkhidmatan ku untuk membantu kakak iparnya untuk menguruskan bonda tercintanya..aku bersyukur kerana ibu dengan lembut hati memberi kebenaran unutk ku menolong si dia..


benar kata orang..apabila kita merawat orang sakit..apa yang perlu ada dalam diri kita ialah KESABARAN..xde kesabaran gagal lah kita sebagai perawat..

ALHAMDULILLAH dengan semangat yang diberikan oleh cik abe dan kakak-kakaknya..aku berjaya menempuh segalanya..

boleh dikatakan itulah pengalaman pertama ku merawat orang..segala duku,suka,sedih,gembira,penat lelah aku tempuhi dengan sabar..selain aku dapat menjaga bondanya aku juga berpeluang untuk belajar bagaimana menguruskan sesebuah keluarga..segala makan dan pakai perlu dipenuhi..di sini ingin aku katakan, kadang-kadang aku rasa malu..maklumlah..aku xpandai masak..masakan ku xsedap mana pun..tapi untuk alas perut..jadi lah..salah aku jugak sape suruh xnak belajar masak kan..adakala aku terpaksa menjage berseorangan..tp alhamdulillah aku dapat lakukan nya..


masuk minggu kedua, selera makan bondanya semakin pulih..walaupun hanya 3/4 suap sekali makan tetapi beliau kerap kali meminta makan..aku rase gembira cgt..alhamdulillah keadaannya bbertambah pulih..namun..genap 2minggu aku membantu menjaga bondanya, keadaan berubah menjadi kritikal..bondanya tiba-tiba tiada suara untuk bercakap..semua seisi keluarga menjadi risau dan runsing..bermacam-macam ikhtiar dilakukan..akhirnya bondanya terpaksa dihantar ke hospital..setelah pemeriksaan dibuat, doktor mengatakan terdapat darah beku di kepala dan saluran sarafnya tersumbat(strok)..pada itu kemungkinan bondanya akan dibedah..tapi risikonya amat bahaya..YA ALLAH luluh hati ini mendengarnya..mase tu berharap sangat akan ada cara lain untuk menyembuhkan nya..


keadaan pada masa tu menjadi kucar kacir, pihak hospital dengan keputusan yang kejap berubah n berubah..tp akhirnya bonda dimasukkan ke wad..untuk pengetahuan, sepatutnya pada minggu tu aku akan berangkat ke Pahang..tp hati ku berbelah bagi..selama 2 minggu aku merawatnya..kasih ku tumpah seperti aku menyayangi ibu ku sendiri..segala cerita, segala kehendak, segala bebelannya melekat di sanubari ku..aku menjadi serba salah untuk pergi sedangkan bondanya sedang terlantar dihospital..genap seminggu kesihatan bonda semakin pulih dan dibenarkan pulang..sebelum pulang sempat aku bertanya pada doktor yang merawatnya...dan barulah ku tahu bahawa tidak wujud sama sekali pun darah beku di kepala bondanya..Alhamdulillah semua itu cuma lah tekaan doktor sahaja..


kadang-kadang kegembiraan itu hanya seketika sahaja..sehari selepas pulang ke rumah, keadaan menjadi seperti dulu..tiada respond yang diberikan oleh bondanya..diam tanpa sepatah kata..makan pun dibantu oleh saluran makanan..keadaan menjadi bertambah sulit apabila bondaya tidak dapat mengeluarkan kahak yang berda di dalam tubuh badan nya..dan akhirnya kahak mula memenuhi paru-paru..terpaksa hantar bonda ke hospital untuk membuang kahak bondanya..doktor menyarankan kami agar memiliki SUCTION MACHINE di rumah agar senang untuk melakukan nya sendiri di rumah..seharian aku dan si dia mencari alatan itu kerana ia sukar untuk didapati..dari negeri sembilan ke segamat aku merantau unutk mendapatkan alat itu..ALHAMDULILLAH, TUHAN tu maha pengasih..aku menemui alat itu di dalam internet..dan aku rasa bersyukur kerana aku boleh dapat alat tu on the spot..machine tu berharga RM500..dan untuk pengetahuan, hari itu adalah sepatutnya aku pulang ke rumah tercinta..tapu demi kasih untuk bondanya aku membatalkan..aku pulang pada keesokan harinya..


rabu-aku pulang kerumah..tugas ku digantikan dengan kakak nya..maklum lah dah cuti sekolah..

khamis-bertanya khabar bonda..siapa yang merawat bonda menggunakan suction machine tu..
jumaat-04.00am..si dia menelefon ku dan mengatakan saluran makanan bondanya dipenuhi darah..aku menjadi sangat risau..
08.00am-bertanyakan khabar bondanya..alhamdulillah tiada darah lagi setelah diberi minum..
tepat 02.30pm-cik abe col..alangkah terkejutnya.. hanya 5 patah perkataan membuatkan aku terasa sunyi.."ayang..mak dah meninggal dunia"

tiba-tiba hati menjadi gundah..hati melonjak-lonjak untuk ke sana..

alhamdulillah, cik abe sanggup mengambilku dan membawa pulang..
itulah pertama kali, aku melihat si dia diam, wajah nya menjadi kuyu,lesu..permata hatinya telah pergi..pergi buat selamanya..

terima kasih YA ALLAH..aku berpeluang untuk menatap wajah bondanya buat kali terakhir..ciuman kasih sayang dapat aku berikan buat bondanya untuk yang terakhir kalinya..terasa sayu hati nie..

dengan izin Allah, pada malam Arwah bonda selamat dilebumikan pada malam itu juga..ramai yang berkata, arwah beruntung kerana dapat pergi pada hari jumaat..hari yang mulia..hari yang dimahukan oleh setiap umat islam..

perkenalanku bersama arwah bonda hanya hampir 8bulan sahaja..tapi aku bersyukur kerana dapat berbakti di akhir hayat nya..

aku mendakan moga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah..


"INGATLAH.SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KE TEMPAT ASALNYA"


di sini sedikit info saye selitkan..


TANDA 100 HARI SEBELUM MATI!!!!! 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.